SELAMAT MENEROKA

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.

Sunday

BERAT

Berat biasanya diukur menggunakan alat penimbang. terdapat dua unit yang selalu digunakan, iaitu kilogram (kg) dan gram (g).

1 kg = 1000 g
0.1 kg = 100 g
0.01 kg = 10 g

Contoh soalan

Berat sebiji buah tembikai ialah 2 kg . ali membeli dua biji buah tembikai tersebut. berapakah berat keseluruhan buah yang ali ada dalam gram?

Penyelesaian

2kg = 2000 g
2 x 2000g 
  = 4000 gram #

topik dalam matematik tahun 4


berikut merupakan tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan matematik tahun 4 :


1.       Nombor bulat
2.       Pecahan
3.       Perpuluhan
4.       Wang
5.       Masa dan waktu
6.       Ukuran panjang
7.       Timbangan berat
8.       Isipadu cecair
9.       luas
10.   Isipadu kubus dan kuboid


adik-adik pernah tgk piramid? mmg unik kan ? penah atau tidak kamu memikirkan bagaimana piramid di cipta???
tp sblum kite pergi lebih mendalam, mari kita belajar yg asas dulu
piramid merupakan hasil gabungan 4 segi tiga dan 1 segi empat.
terdapat 2 perkara yg penting yg harus kita tahu, iaitu isipadu dan luas permukaan......












Isipadu sesebuah piramid dikira dengan menggunakan rumus di bawah;

V = 1/3 X (luas tapak) X tinggi
= 1/3 X A X t
= 1/3 (At)











untuk mencari luas permukaan piramid pula kita boleh menggunakan rumus ini

A = (luas tapak) + 4 (luas segi tiga)





TOLAK

Operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah.
Ramai murid menghadapi masalah ketika belajar operasi tolak kerana operasi tolak terdapat 4 konsep yang berbeza iaitu:
  •     Pengasingan atau mengambil keluar
  •     Perbandingan
  •      Pelengkap
  •    Penyekatan
Konsep Pengasingan atau mengambil keluar
-   
            Bermula dengan satu objek, kemudian satu subset dikeluarkan dari objek berkenaan.
Contoh:
 Di dalam sarang burung terdapat 5 ekor anak burung. Sebanyak seekor anak burung telah   terbang. Berapa ekor anak burungkah yang masih terdapat di dalam sarang?
Konsep perbandingan
Dua set objek yang berasingan. Set objek pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Objek yang tiada padanan dikira sebagai baki atau beza.
Contoh :
Terdapat 3 ikan di dalam kolam dan seorang pemancing sedang memancing ikan. Berapakah bilangan ikan lebih dari pemancing?
 
Konsep pelengkap
Bermula dengan 1 set objek. Kemudian fikirkan berapa objek lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.
Contoh :
Saya ada 8 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatan 12 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?
 
Konsep penyekatan
Dalam konsep ini ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.
Contoh :
Terdapat 5 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna hitam dan yang lain berwarna putih. Berapa buah keretakah yang berwarna putih?

MARI BELAJAR "PERIMETER"




TAHUKAH ANDA APAKAH ITU "PERIMETER"?












CARA MENGIRA "PERIMETER"








Hitung dua perimeter objek







Teliti dengan betul langkah-langkah yang telah dinyatakan.

SEMOGA BERJAYA!